Wednesday, August 11, 2010

Cara Memegang Pensel (How To Hold Pencil Correctly)


Salam...

Kali ini aku ingin membincangkan tentang mengapa pentingnya cara memegang pensel yang betul boleh menjadi perkara asas yang menentukan anak-anak kita cepat belajar atau tidak. Kenapa Ya ?
Sebenarnya tidak ramai yang melihat atau nampak bagaimana cara anak mereka memegang pensel. Aku terhidu kelemahan ini ketika aku mengajar di salah sebuah kelas yang paling hujung. maksudnya secara purata murid-murid di sini adalah agak lemah dari pelbagai aspek. Mereka dalam tahun 4 iaitu dalam lingkungan berumur 10 tahun. Hmmm adakah juga terdapat ibu bapa sendiri yang salah memegang pensel atau pen ? Hehehe... kemungkinan itu masih ada bukan?
Sebenarnya, kenapa aku rasakan cara memegang pensel ini sangat signifikan kepada pembelajaran anak-anak. Ia sebenarnya adalah terdiri dalam kandungan pembelajaran menulis iaitu M yang ketiga pentingnya dalam pembelajaran iaitu membaca, mengira dan menulis. Oleh yang demikian, jika kita mengabaikan cara anak-anak kita menulis sebenarnya kita telah mengganggu atau tidak memperbetulkan cara pembelajaran anak kita yang sebenarnya boleh belajar dengan secara yang lebih lancar.



No comments:

Post a Comment