"Saudara ada wang RM100K?", Dr. Tengku Asmadi berkata
"RM100K Dr.?, manalah saya ada", balas eksekutifnya.
"Tak apalah tidak ada RM100K, RM50K cukuplah. Ada?" Balas beliau pula.
"Bagi pelaburan di ASB, pulangan dividennya setiap tahun dalam 8 ke 10 peratus setahun. Kita ambillah 10 peratus. Bagi mendapatkan RM5K kita perlu ada sekurang-kurangnya RM50K. bagi mendapatkan RM10K kita perlukan sekurang-kurangnya RM100K.
Ada satu lagi pelaburan yang ada mana pelaburannya tidak tinggi, hanya menggunakan otak sahaja. Satu tahun ada yang mendapat pulangan berpuluh ribu. Sebagai contoh saudara Ahmad Fadzli Yusof. Beliau memperoleh purata royalti tahunan RM30K setiap tahun. Itu bersamaan dengan pelaburan yang perlu diletakkan ke dalam ASB sebanyak RM300K.
Jadi perlu menulis sekarang bagi mendapatkan pulangan yang lebih dari pendapatan ASB ini."
Para eksekutifnya senyap dan senyum.
No comments:
Post a Comment